Tingkatkan Pematuhan SOP Pencegahan COVID-19, Elak Keluar Daerah Dan Tidak Adakan Perjumpaan Sosial

JUMAAT, 2 APRIL 2021

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di Telang Usan, Marudi, Beluru dan Subis diminta untuk mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan masyarakat setempat mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19. 

Pengerusi JPBB Miri Datuk Lee Kim Shin dalam kenyataan media pada Khamis berkata, arahan ini dikeluarkan berikutan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Miri baru-baru ini

“Daerah Marudi dan Telang Usan yang sebelumnya merupakan zon hijau kini menjadi zon kuning. Marudi telah mencatatkan 9 kes dan Telang Usan 1 kes. 

“Beluru yang sebelumnya berwarna merah menjadi hijau tetapi semalam (Rabu) menjadi jingga dengan 28 kes dicatatkan dalam 14 hari terakhir. 

“Subis bertambah baik dari merah ke oren dan kini berwarna kuning,” katanya. 

Masyarakat di Daerah Miri diminta untuk tidak melakukan perjalanan ke empat daerah tersebut atau Bahagian Bintulu atau zon merah yang lain, kecuali jika ada keperluan mendesak atau untuk mendapatkan perkhidmatan penting dan mereka harus memohon izin polis.

Dalam kenyataan sama, JPBB Miri terus mengingatkan masyarakat setempat agar tidak mengadakan perjumpaan sosial, seperti di kalangan keluarga, terutama dari rumah yang berlainan atau di tempat kerja di mana mereka menanggalkan topeng muka dan makan dan minum bersama tanpa jarak sosial yang betul dan kehadiran individu yang mengalami gejala. 

“Empat kluster yang dicatat di Mirii, iaitu Kluster Sena, Kluster Jalan Merpati, Kluster Jalan Gridbid dan Cluster Kingsway datangnya daripada penyebaran kes berkaitan dengan kegiatan sosial tersebut.

“Dalam kes di Daerah Beluru, Kluster Jalan Gridbid datangnya dari upacara “miring”. 

“Selepas upacara tersebut, mereka kembali ke rumah panjang Agnes dan sekolah (tempat kerja) di Beluru.

“Manakala, di kes positif COVID-19 dikesan di Long Suring menerusi perjumpaan keluarga di Miri selepas mengadakan sesi berbeku dan turut menular kepada pegawai dan ahli keluarga yang bekerja di Pejabat Daerah Beluru,” ujarnya. 

Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak telah mengadakan perbincangan dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Bahagian Miri supaya mengingatkan masyarakat di konsituensi mereka tentang perlunya menyekat pergerakan perjalanan antara daerah dalam Bahagian Miri dan pada masa yang sama untuk mengingatkan mereka untuk mendaftar vaksinasi secepat mungkin jika mereka belum melakukannya. 

Mereka boleh mendaftar di klinik kerajaan terdekat atau melalui pemimpin komuniti mereka atau aplikasi telefon MySejahtera jika mereka mempunyai akses. -EDISI UKAS

Share

add comment