100 Penjawat Awam Di Meradong Terima Suntikan Pertama Vaksin COVID-19

SABTU, 3 APRIL 2021

BINTANGOR: Seramai 100 penjawat awam di Daerah Meradong menerima dos suntikan pertama vaksin COVID-19 jenis Sinovac yang diadakan di Klinik Kesihatan Bandar Bintangor pada Jumaat.

Program Fasa Pertama itu bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Dos kedua akan diadakan pada 23 April nanti dan orang ramai juga disarankan agar masih mematuhi SOP walaupun sudah menerima vaksin tersebut.

Klinik Kesihatan Bintangor berharap pengambilan vaksin yang lengkap boleh mengurangkan komplikasi penyakit di samping membantu mengurang penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat terutamanya di Daerah Meradong yang masih dalam Zon Merah. – EDISI UKAS

Share

add comment