200 Orang Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Klinik Kesihatan Petra Jaya

SABTU, 3 APRIL 2021

KUCHING: Seramai 200 orang hadir ke Klinik Kesihatan Petra Jaya bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac pada Sabtu.

Rata-rata penerima hadir seawal pukul 8 pagi dan keadaan di klinik berkenaan adalah terkawal.

Untuk rekod, setiap penerima vaksin akan dihubungi kira-kira seminggu lebih awal untuk temujanji.

Aplikasi MySejahtera juga perlu dikemaskini terlebih dahulu sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19.-EDISI UKAS

Share

add comment