ADUN Bukit Semuja Sertai Program Beri Kesedaran Kepada Masyarakat Serian

SABTU, 3 APRIL 2021

SERIAN :  Penganjuran Program Walkabout Info On Wheels anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Serian pada Sabtu, merupakan sebahagian daripada pengisian Kempen Bersama Putuskan Rantaian COVID-19, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Proklamasi Darurat COVID-19 seluruh negara.

Program yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus itu menumpukan sasaran terhadap orang awam yang berada di kawasan Medan Selera (Food Court), pasaraya dan gerai-gerai sekitar Lepapa Hypermarket, dengan mengagihkan risalah serta poster Norma Baru disamping menerangkan cara-cara mendaftar program vaksinasi COVID-19.

Katanya, inisiatif sedemikian bertujuan menyedarkan masyarakat tentang pentingnya peranan mereka bagi membantu memutuskan rantaian COVID-19.

Turut mengiringi beliau Pengarah Penerangan Negeri Sarawak,Suwadi Guliling, Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak,Aziz Abdul Rahman, Ketua Penolong Pengarah PKPM, Ajes Tuah serta Pegawai Penerangan Malaysia Daerah Serian,George Humprey. -EDISI UKAS

Share

add comment