Dewan Serbaguna Kampung Batu Bedang Dijangka Siap Ogos Ini

SABTU, 3 APRIL 2021

TEBEDU: Penduduk Kampung Batu Bedang bakal memiliki sebuah dewan serbaguna yang dijangka siap pada Ogos ini.

Dewan serbaguna yang bernilai RM600,000 tersebut dibangunkan menggunakan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) kerajaan Sarawak melalui Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Jepun, Taiwan dan Korea Selatan merangkap Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem.

Menurut Pegawai khas Dato Sri Richard Riot, peruntukan itu adalah merangkumi kerja-kerja  menembok tanah dan penyediaan tapak bangunan.

Tambahnya lagi, buat masa ini, kerja-kerja pembinaan dewan tersebut adalah 20 peratus.

Justeru, beliau berharap pihak kontraktor yang bertanggungjawab dapat menyiapkan dewan tersebut dalam tempoh empat bulan akan datang.-EDISI UKAS

Share

add comment