Kakitangan Kerajaan Bukan Barisan Hadapan Di Kapit Terima Suntikan Dos Pertama

SABTU, 3 APRIL 2021

KAPIT: Program Imunisasi Kebangsaan di Kapit diteruskan dengan giliran kakitangan kerajaan bukan barisan hadapan menerima suntikan dos pertama pada Sabtu.

Program diadakan di Poliklinik Daerah Song itu melibatkan seramai 61 kakitangan dari Pejabat Daerah Song, MDK Cawangan Song dan jabatan-jabatan lain menerima suntikan.

Pemberian vaksin akan dilakukan secara berperingkat hingga semua yang layak menerima suntikan.

Suntikan dos kedua akan dilaksanakan pada 24 April ini dan semua penerima disarankan untuk mematuhi SOP walaupun sudah menerima vaksin tersebut. – EDISI UKAS

Share

add comment