Kekal Semangat Solidariti Dan Bekerjasama Dalam Kalangan Ahli MAKSAK Wanita Daerah Limbang

SABTU, 3 APRIL 2021

LIMBANG: Ahli-ahli Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Limbang diminta terus mengekalkan solidariti dan semangat bekerjasama antara satu sama lain. 

Menurut Pengerusi MAKSAK Bahagian Limbang Ir. Ahmad Denney Ahmad Fauzi, ini penting bagi memastikan MAKSAK Wanita Limbang terus relevan.

“Ahli-ahli MAKSAK Wanita Limbang terus mengekalkan solidariti dan semangat bekerjasama.

“Ini bagi memastikan MAKSAK Wanita Limbang sentiasa maju dan releven serta terus diyakini sebagai mewakili anggota penjawat awam,” katanya semasa berucap dalam Majlis Makan Malam MAKSAK Wanita Limbang pada Jumaat. 

Pada masa sama, beliau yang juga Residen Bahagian Limbang menyeru setiap ahli yang hadir sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan mengamalkan norma baharu. 

Dalam pada itu, semua ahli MAKSAK Wanita di Daerah Limbang dan penjawat awam mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

Hadir sama Pengerusi MAKSAK Wanita Limbang Rosnah Bangkong, Pegawai Belia dan Sukan Limbang Margret Sawing dan Pegawai Penerangan Daerah Limbang Linda Padan. -EDISI UKAS

Share

add comment