Penduduk Kampung Sangai Empani & Kampung Sangai Mawan Terima Projek RTP

SABTU, 3 APRIL 2021

SERIAN: Penduduk di Kampung Sangai Empani dan Kampung Sangai Mawan tidak ketinggalan dalam menerima Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) daripada kerajaan Sarawak.

Kedua kampung tersebut menerima projek RTP iaitu projek bekalan air bersih terawat dan pembinaan parit konkrit yang letak di Jalan Slabi – Mantung.

Tinjauan yang dilakukan baru-baru ini mendapati, pekerja projek di bawah seliaan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Serian melakukan ‘flushing’ ke atas paip yang telah disambung bagi memeriksa kelancaran dan kebersihan air di semua batang paip di situ.

Selain itu, dimaklumkan penyambungan paip kepada kira-kira 200 buah rumah di kampung berkenaan akan dijalankan dalam waktu terdekat.

Manakala tinjauan di projek membina parit konkrit mendapati pembinaan tersebut dalam fasa peringkat akhir untuk disiapkan.

Projek tersebut dijadualkan siap sepenuhnya  pada 28 April 2021.-EDISI UKAS

Share

add comment