Risalah Vaksinasi COVID-19 Bantu Sebar Kepentingan Vaksin

SABTU, 3 APRIL 2021

LUBOK ANTU: Risalah Vaksinasi COVID-19 merupakan salah satu kempen kesedaran serta makluman kepada masyarakat sekitar mengenai kepentingan pengambilan vaksin COVID-19 untuk melindungi diri sendiri, keluarga serta masyarakat sekitar.

Risalah tersebut telah diserahkan kepada wakil Pejabat Daerah Lubok Antu (PDLA), Ambrose Ambir dan akan diletakkan di kaunter pertanyaan PDLA untuk diagihkan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) yang datang berurusan ke Pejabat.

KMKK kemudiannya akan mengedarkannya ke rumah-rumah panjang dan kampung-kampung untuk diserahkan ke setiap pintu rumah di bawah bidang kuasa dan pentadbiran masing – masing.-EDISI UKAS

Share

add comment