Sarawak, Kerajaan Persekutuan Perkukuhkan Hubungan Dan Kerjasama

SABTU, 3 APRIL 2021

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri telah hadir dalam Majlis Makan Tengah Hari Pemimpin Bersama Masyarakat di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada Jumaat.

Ketibaan Datuk Patinggi Tan Sri Muhyiddin disambut Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk mengukuhkan hubungan di antara Kerajaan Sarawak dan Persekutuan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing, Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Fadillah Yusof dan kenamaan lain. -EDISI UKAS

Share

add comment