AHAD, 4 APRIL 2021
SRI AMAN: Seramai 192 orang petugas barisan hadapan bukan kesihatan menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 pada Ahad.
Hasil tinjauan mendapati para penerima vaksin telah mula beratur untuk mendaftar seawal pukul 8 pagi di pusat pemberian vaksin iaitu di Dewan Suarah Sri Aman.
Proses pemberian vaksin telah berjalan dengan lancar dan rata-rata penerima berasa teruja mendapatkan suntikan vaksin tersebut.-EDISI UKAS
Share