60 Petugas Barisan Hadapan Di Matu Terima Suntikan Vaksin COVID-19

AHAD, 4 APRIL 2021

MATU : Seramai 60 orang petugas barisan hadapan di kawasan Matu menerima suntikan vaksin COVID-19 di Dewan Suarah Matu pada Ahad.

Ia kali pertama program itu diadakan di Dewan Suarah Matu yang akan menjadi pusat utama pemvaksinan.

Dalam program tersebut,  pendaftaran secara manual hanya dilakukan kepada mereka yang tidak mempunyai aplikasi Mysejahtera.

Program berjalan lancar dengan kerjasama daripada 21 orang petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Matu, Klinik kesihatan Tian, Pejabat Kesihatan Daerah Matu serta kakitangan dari Pejabat Daerah Matu. 

Ketika ditemui, penerima vaksin meluahkan rasa teruja dan menyarankan orang ramai untuk menerima suntikan demi penjagaan diri dan masyarakat.

Untuk rekod, seramai 54 orang lagi petugas barisan hadapan akan menerima dos pertama vaksin pada Isnin.-EDISI UKAS