COVID-19: 419 Kes Positif Baharu, 3 Kluster Baharu, Kluster Jalan Ho Pin Tamat

AHAD, 4 APRIL 2021

KUCHING: Sarawak merekodkan 419 kes positif baharu COVID-19 pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 17,554 kes.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, daripada jumlah tersebut, sebanyak 159 kes dikesan dari Penjara Pusat Sri Aman sekaligus mewujudkan kluster baharu.

“Seramai 322 tahanan telah disaring di mana 156 tahanan positif (79 rakyat Malaysia dan 77 bukan warganegara Malaysia) dan 166 masih menunggu keputusan makmal”

“Seramai 131 orang kakitangan Penjara Pusat Sri Aman telah disaring dan sehingga hari ini, tiga (3) orang didapati positif, 8 negatif dan 120 keputusan masih menunggu keputusan makmal”

“Penjara Pusat Sri Aman telah diwartakan sebagai PKRC untuk kes positif melibatkan tahanan, manakala dewan di penjara tersebut digunakan sebagai PKRC untuk kakitangan yang positif,” katanya dalam sidang media di Kuching pada Ahad.

Manakala daerah-daerah lain yang melaporkan kes adalah Daerah Sri Aman (159), Bintulu (57), Sibu (54), Miri (34), Sarikei (32), Serian (17), Meradong (17), Marudi (9), Beluru (8), Kanowit (5), Kapit (5), Saratok (5), Julau (4), Sebauh dan Kuching masing-masing 3, Matu dan Lawas masing-masing 2, serta Mukah, Selangau dan Dalat masing-masing satu (1) kes.

Sehubungan dengan itu, beliau mengisytiharkan tiga kluster baharu iaitu Kluster Tembok, Sri Aman, Kluster Sungai Mupong, Meradong dan Kluster Sungai Rassau, Matu menjadikan jumlah keseluruhan yang aktif setakat ini sebanyak 39 kluster.

Turut diisytiharkan penamatan Kluster Jalan Ho Pin, setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari. -EDISI UKAS

Share

add comment