Kuching City FC, Negeri Sembilan Sama Tumpul

AHAD, 4 APRIL 2021

KUCHING: Skuad Kuching City FC menyekat hasrat pendahulu Liga Premier, Negeri Sembilan untuk melebarkan jurang mata setelah keduanya terikat tanpa jaringan dalam aksi berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada Sabtu.

Baik Negeri Sembilan mahupun Kuching City FC, jentera serangan keduanya tumpul untuk mencipta jaringan sepanjang perlawanan.

Pelawat sebaliknya berpeluang untuk mencuri tiga mata setelah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-75.

Peluang itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan oleh penyerang import Kuching City FC, Bryan Jones.

Keputusan itu kembali meletakkan Negeri Sembilan di puncak liga dengan 14 mata namun hanya dibezakan satu mata dengan Sarawak United FC yang berkelebihan satu perlawanan.

Manakala Kuching City FC kini menghuni tangga kesembilan dengan lima mata dan akan meneruskan kempen menentang Skuad Projek FAM-MSN pada 7 April di Stadium UiTM, Shah Alam. – EDISI UKAS

Share
0