Penduduk Batu Kitang Dibantu Daftar Sebagai Penerima Vaksin COVID-19

AHAD, 4 APRIL 2021

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang turun padang menghadiri program pendaftaran aplikasi MySejahtera suntikan vaksin COVID-19 untuk penduduk setempat pada Ahad.

Menurut beliau, tujuan program tersebut dijalankan kerana pihaknya telah menerima banyak permintaan daripada penduduk setempat untuk membantu mereka mendaftar khususnya warga emas yang tidak mempunyai telefon pintar.

“Setakat jam 10.30 pagi, seramai 45 orang telah beratur di gelanggang bola keranjang, Taman Flora Indah Jalan Arang untuk membuat pendaftaran,” katanya.

Dalam pada itu, Khere Chiang turut memaklumkan kerajaan negeri akan mengimport lebih banyak vaksin bagi memastikan semua penduduk di negeri ini menerima suntikan vaksin COVID-19.-EDISI UKAS

Share

add comment