Penguatkuasaan PKPD Di Kampung Binyu Baru Samarahan Berkuatkuasa 4 April 2021

AHAD, 4 APRIL 2021

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Binyu Baru, Samarahan berkuatkuasa mulai 4 April 2021 sehingga 17 April 2021.

Menurut Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, keputusan tersebut dibuat untuk memudahkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan pengesanan awal kes-kes yang disyaki COVID-19, agar dapat diasingkan secepat mungkin bagi mengawal penularan jangkitan dalam komuniti.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Sidang Media JPBN Sarawak di Kuching pada Ahad.

Share
0