Seramai 92 Petugas Barisan Hadapan Terima Suntikan Vaksin Dos Kedua Di Lubok Antu

AHAD, 4 APRIL 2021

LUBOK ANTU: Seramai 92 orang petugas barisan hadapan bersama Pegawai Daerah Lubok Antu Richard Ngumbang menerima suntikan vaksin dos ke-2 di Klinik Kesihatan Lubok Antu pada Ahad.

Dalam pada itu, Richard Ngumbang juga mengingatkan kepada penduduk setempat untuk mendaftar diri bagi mendapatkan vaksin COVID-19.

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera dan juga secara manual dengan mendapatkan borang pendaftaran di Pejabat Daerah berdekatan dan klinik-klinik klinik yang telah disenaraikan.

Antara petugas lain yang menerima suntikan vaksin adalah dari Pejabat Daerah Lubok Antu, Majlis Daerah Lubok Antu, Polis Diraja Malaysia Lubok Antu, Angkatan Relawan Malaysia (Lubok Antu dan Petugas di ICQS, Lubok Antu. – EDISI UKAS

Share

add comment