Tiada Kesan Sampingan Selepas Menerima Suntikan Vaksin COVID-19 – Penghulu Lim Dan Pemanca Gerosen

AHAD, 4 APRIL 2021

BINTULU: Orang ramai khususnya mereka yang tinggal di Daerah Tatau supaya segera mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19. 

Menurut Penghulu Lim Tcia Hong, selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 tiada apa-apa kesan sampingan yang berlaku. 

“Selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 setengah jam, tiada sebarang kesan sampingan yang berlaku. 

“Ini menunjukkan bahawa pengambilan vaksin COVID-19 ini baik dan tidak memudaratkan kesihatan,” katanya semasa ditemui selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Daerah Tatau baru-baru ini.

Bagi Pemanca Daerah Tatau Gerosen Jubin yang turut sama menerima vaksin COVID-19 Pusat Pemberian Vaksin, Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu berharap penduduk di Sarawak terutama masyarakat di Daerah Tatau yang berumur lebih 18 tahun ke atas untuk yakin menerima suntikan vaksin COVID-19. 

“Ini adalah tanda sokongan kita kepada usaha kerajaan dalam membanteras wabak COVID 19. 

“Masyarakat di rumah panjang diminta untuk tidak terpengaruh dengan berita palsu yang disebarkan berkaitan keburukan vaksin. Sebaliknya, ikut sahaja arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya. 

Sehubungan itu, bagi masyarakat yang telah berumur 18 tahun ke atas, segeralah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera atau pergi ke Pejabat Daerah dan Klinik Kesihatan yang berdekatan. -EDISI UKAS

Share

add comment