ADUN Meradong Sertai Program IOW, Beri Kesedaran Kepada Masyarakat

ISNIN, 5 APRIL 2021

BINTANGOR : Program Info On Wheels (IOW) Daerah Meradong penting bagi masyarakat luar bandar mendapat input serta maklumat sahih mengenai kepentingan suntikan vaksin Pandemik COVID-19.

Demikian, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong,Datuk Ding Kuong Hiing semasa menyertai program berkenaan pada Isnin.

Katanya, Program IOW anjuran Pejabat Penerangan Daerah Meradong  itu merupakan medium yang terbaik dan berkesan untuk membudayakan norma baharu yang berperanan menangkis berita palsu di sosial media, disamping menyedarkan masyarakat akan tanggungjawab bersama dalam mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Antara pengisian program adalah penjelasan serta penerangan mengenai norma baharu dan Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan,  pusat maklumat rakyat, soal jawab bersama penduduk dan penyerahan bahan penerbitan.

Turut mengiringi beliau, Pegawai Penerangan Daerah Meradong,Morsidi Zaidil dan Pegawai RELA Daerah Meradong, Shawal Luden. -EDISI UKAS