Jabatan Penerangan Daerah Lawas Perhebatkan Promosi Dan Penyebaran Pendaftaran Vaksin COVID-19

ISNIN, 5 APRIL 2021

LAWAS: Jabatan Penerangan Daerah Lawas telah mengadakan Program IOW Darurat Hebahan Pendaftaran Vaksin melalui aplikasi MySejahtera di Ruang Legar Tamu Lawas pada Sabtu. 

Program ‘Info On Wheel’ (IOW) bertujuan supaya orang ramai mendapat maklumat dan informasi yang tepat mengenai pendaftaran vaksin COVID-19. 

Selain menguar-uarkan pendaftaran vaksin COVID-19 menerusi MySejahtera, orang ramai turut menerima agihan bahan terbitan Jabatan Penerangan secara percuma.

Menerusi aktiviti sebegini, orang ramai boleh mengetahui cara dan diberikan panduan untuk mengisi pendaftaran vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahetara. 

Dalam pada itu, penganjuran program tersebut mendapat sambutan yang baik dan ramai pengunjung tamu terutama warga emas datang untuk  mendapat tunjuk ajar pendaftaran vaksin serta maklumat mengenai COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment