JPBB Miri Puas Hati Pematuhan SOP Di Tamu Pujut Corner Dan Bus Terminal Pujut Miri

ISNIN, 5 APRIL 2021

MIRI: Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin bersama ahli-ahli JPBB Miri serta pasukan penguatkuasa telah turun padang bagi memantau aspek pematuhan SOP pencegahan COVID-19 di Tamu Pujut Corner dan Bus Terminal Pujut Miri pada Ahad. 

Hasil pemantauan didapati orang ramai mematuhi aspek pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pada tahap yang memuaskan dengan menggunakan kod QR melalui aplikasi MySejahtera, amalan penjarakkan sosial, pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu badan serta penggunaan cecair pembasmi kuman.

Dalam pada itu, Datuk Lee yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak menyeru masyarakat Miri untuk terus bekerjasama untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Dalam masa sama, menyeru penjaja dan pengusaha berdaftar untuk menerima vaksin COVID-19.

Hadir sama Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang, wakil Pejabat Residen Bahagian Miri Rose Edward Tarang, Pemangku Pejabat Daerah Miri Siti Rohanie Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Miri (MBM) Morshidi Fredrick dan Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Hafizi. -EDISI UKAS

Share

add comment