Majlis Malam Sekalung Budi Rai Persaraan Setiausaha Persekutuan Sarawak

ISNIN, 5 APRIL 2021

KUCHING: Kerajaan Sarawak meraikan Majlis Persaraan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Mohd Shahabuddin Omar sebagai penghargaan kepada jasa dan bakti beliau kepada negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion berkata, komitmen Datuk Shahabuddin begitu besar dalam bidang pengurusan kualiti penyampaian perkhidmatan dan juga dalam pembangunan prasarana di Sarawak.

Tambahnya juga, hubungan agensi kerajaan persekutuan dan negeri sentiasa terjaga dan harmoni sepanjang tempoh perkhidmatan beliau selama hampir dua tahun di negeri ini.

“Majlis ini diadakan kita sebagai penghargaan dan terima kasih daripada Kerajaan Negeri kepada Datuk Shahabuddin yang telah banyak menabur bakti kepada negara Malaysia khususnya negeri Sarawak,” katanya semasa Majlis Malam Sekalung Budi sempena persaraan Datuk Shahabuddin yang dianjurkan di Kuching pada Ahad.

Dalam pada itu, Datuk Amar Jaul Samion berkata, di bawah kepimpinan Datuk Mohd Shahabuddin, beberapa projek dilaksanakan Pejabat Persekutuan Sarawak telah memberi impak yang sangat besar kepada negeri ini.

“Antaranya adalah Projek pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan Kuching, Projek Pembinaan Kuarters Gunasama Persekutuan Bintulu dan Pembaikan Bangunan Gunasama Persekutuan,” ujarnya.

Hadir sama Pemangku Peguam Besar Negeri Sarawak, Saferi Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Sosio Ekonomi), Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), Datu Dr. Sabariah Putit dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Luar Bandar), Datu Ik Pahon Joyik sereta yang lain. -EDISI UKAS

Share

add comment