Program Squad Kasih Sayang Santuni Tujuh Warga Emas Di Debak

ISNIN, 5 APRIL 2021

DEBAK: Golongan memerlukan di daerah kecil Debak terus dibantu menerusi Program Squad Kasih Sayang anjuran Wanita PBB Kampung Bungey, Debak yang dilaksanakan pada Ahad.

Program yang turut menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam turun padang untuk menyantuni seramai tujuh warga emas di Kampung Bungey Debak dengan menyumbang beras.

Selain beramah mesra dengan penduduk, Mohammad Razi turut menggunakan kesempatan itu untuk menerangkan perkara berkaitan dengan permohonan baikpulih rumah serta tatacara mengisi borang dengan lengkap dan tindakan yang harus dilakukan selepas borang permohonan tersebut telah siap diisi sepenuhnya.

Pada sebelah petang, ADUN Saribas berkunjung ke Kampung Serabang untuk melawat penduduk yang terlantar sakit dan menyampaikan beberapa sumbangan bagi meringankan beban ahli keluarga. – EDISI UKAS

Share

add comment