SELASA, 6 APRIL 2021
DARO: Sebanyak empat buah rumah panjang di Sungai Serban, Batang Lassa menerima bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad pada Isnin.
Sumbangan berkenaan adalah untuk membantu penduduk Rumah Manggie, Rumah Alak, Rumah Minang dan Rumah Menggong yang menjalani kuarantin setelah didapati satu kes positif dikesan di kawasan itu.
Sebelum ini, pasukan petugas kesihatan Daro telah melakukan ujian swab ke atas 97 orang penduduk di situ.-EDISI UKAS