JPBB Betong Komited Tingkat Usaha Kekang Pandemik COVID-19

SELASA, 6 APRIL 2021

BETONG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Betong meneruskan inisiatif memerangi penularan pandemik COVID-19 di bahagian itu.

Perbincangan bersama telah diadakan menerusi satu mesyuarat yang dihadiri penasihat jawatankuasa itu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu dan Ahli Parlimen Batang Lupar Dato Sri Rohani Abdul Karim melalui aplikasi zoom pada Isnin.

Antara objektif utama mesyuarat adalah untuk menilai keberkesanan strategi terdahulu dan langkah seterusnya di dalam mengekang wabak itu khususnya di kalangan komuniti rumah panjang.

Setakat semalam, tiada rumah panjang di daerah Betong dikenakan perintah kawalan pergerakan di mana sebelum ini pernah merekodkan lebih 20 buah rumah panjang.

Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Residen Bahagian Betong mewakili Pengerusi JPBB Betong, Abang Mohamed Abang Turkey. -EDISI UKAS