Pembangunan Rakyat Agenda Utama Kerajaan GPS

SELASA, 6 APRIL 2021

SEBUYAU: Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mengutamakan agenda pembangunan rakyat tanpa mengira kawasan bandar atau luar bandar.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi berkata, banyak kemajuan telah dibawa secara berterusan dan berperingkat di seluruh negeri termasuk di kawasan luar bandar.

Justeru ujarnya, masyarakat perlu sentiasa menyokong kerajaan GPS yang sentiasa memberikan keutamaan kepada rakyat.

“Jangan cuba atau memberi peluang kepada orang luar untuk menentukan kawasan kita dan harus diingatkan bahawa kerajaan GPS merupakan kerajaan yang sentiasa menitikberatkan agenda pembangunan jalan raya di kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Peringkat Ranting Kampung Sampat Sebangan pada Isnin.

Datuk Julaihi yang juga Naib Yang Di Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak merangkap Ketua Cawangan PBB Sebuyau memberitahu, GPS telah banyak membawa agenda pembangunan seperti perubahan yang telah dibawa dan perubahan itu tetap terus berlaku termasuk pembangunan kawasan Sebuyau.-EDISI UKAS

Share

add comment