Pustaka Negeri Sarawak Jalinkan Perkongsian Maklumat Dan Kemudahan Perkhidmatan Perpustakaan Dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

SELASA, 6 APRIL 2021

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan meneruskan perkongsian maklumat dan kemudahan perpustakaan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. 

Dalam kenyataan medianya pada Selasa berkata, perkongsian itu akan dapat digunakan oleh guru dan murid sekolah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. 

“Pustaka Negeri Sarawak juga akan meneruskan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam penganjuran program.

“Pada tahun ini, Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit secara dalam talian pada 22 April 2021 jam 11:00 pagi hingga 11:10 pagi,” katanya. 

Terdahulu, Pustaka Negeri Sarawak yang diketuai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Arpah Adenan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Japri Bujang Masli serta beberapa pegawai lain telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Dr. Norisah Suhaili baru-baru ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Jom Baca Bersama 10 Minit pada tahun ini boleh berhubung dengan pegawai seranta kami Dayang Najwa Hazwani Awang Zaini di talian 082-442000 (samb. 339) atau emel di alamat najwa@sarawak.gov.my. -EDISI UKAS

Share

add comment