Usahawan Sarawak Guna Kaedah Moden Tingkat Keluaran Produk

SELASA, 6 APRIL 2021

KUCHING: Menteri Muda Pembangunan Usahawan Dan Perusahaan Kecil Dan Sederhana, Datuk Mohd Naroden Majais telah merasmikan Zuema Enterprise dan B’Mori Mee Kuning Zaidah di Kawasan Industri Mara (KIM) Demak Laut pada Isnin.

Dalam program itu, beliau melahirkan rasa bangga dengan pencapaian kedua-dua pengilang makanan yang berjaya meningkatkan kapasiti pengeluaran produk dengan menggunakan mesin separa automatik.

“Saya ucapkan tahniah terutamanya kepada pengilang bumiputera kita yang dahulu hanya membuat operasi daripada rumah sahaja dan sekarang sudah mempunyai kedai,” katanya.

Dalam majlis yang sama, beliau menyerahkan ‘mock cheque’ Program Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK) kepada Zuema Enterprise bernilai RM20,000 dan ‘mock cheque’ Program Usahawan Teknikal Dan Vokasional (USTEV) kepada B’Mori Mee Kuning Zaidah bernilai RM20,000.

Ketika ditemu bual, pemilik Zuema Enterprise, Normawati Mohamad Hamden berkata, beliau merancang untuk memperluaskan perniagaannya ke luar negara.

Sementara itu, pemilik B’Mori Mee Kuning Zaidah, Mohammad Nazri Aboi berharap dapat mengembangkan jualan produknya ke Semenanjung Malaysia. – EDISI UKAS

Share
0