100 Petugas Barisan Hadapan Bahagian Sibu Terima Vaksin Covid-19

RABU, 7 APRIL 2021

SIBU: Lebih 100 orang petugas barisan hadapan telah hadir menerima vaksin COVID-19 semasa Program Vaksinasi COVID-19 Fasa Satu Siri Kedua yang diadakan di Klinik Kesihatan Lanang, Sibu.

Program tersebut telah bermula pada Sabtu lepas hingga Khamis ini.

Mereka terdiri daripada Pasukan Gerakan Am (PGA), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Klinik Swasta, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Sementara itu, penerima turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang telah mengadakan Program Vaksinasi COVID-19 bagi mengurangkan penularan covid-19. –EDISI UKAS

Share

add comment