Hantar Anak Ke Sekolah Atau Institusi Pendidikan Di Luar Bahagian Bintulu Tidak Perlu Ujian Calitan COVID-19

RABU, 7 APRIL 2021

BINTULU: Ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak mereka ke sekolah atau institusi pendidikan di luar Bahagian Bintulu tidak perlu melakukan ujian calitan, tetapi masih perlu mengisi borang pengecualian. 

Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat berkata, perjalanan itu mestilah kurang daripada 48 jam. 

“Berdasarkan Mesyuarat JPBB Bintulu pada Isnin, bagi mereka yang menghantar anak ke MRSM atau ke Miri tidak perlu menjalani calitan COVID-19 sekiranya tinggal di Miri atau Mukah tidak melebihi 48 jam. 

“Kalau kurang daripada tempoh berkenaan tidak perlu ambil ujian calitan COVID-19.

“Sama ada mereka pergi secara harian atau kurang daripada 48 jam,” katanya. 

Pada masa yang sama, beliau menyarankan penduduk di dalam Bahagian Bintulu mahupun di luar bahagian Bintulu agar dapat merancang perjalanan dengan baik dalam tempoh dua minggu ini.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr. Melvin Chung, Timbalan pengarah Hospital Bintulu Dr Sivashunmugam a/l Sangaran, Timbalan Ketua Polis Daerah Bintulu Jame Reis dan Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong. -EDISI UKAS