Kerajaan Sarawak Tingkatkan Kelajuan Liputan Jalur Lebar Di Lokasi Pelancongan Utama

RABU, 7 APRIL 2021

MULU: Kerajaan Sarawak akan mempertingkatkan lagi kelajuan liputan jalur lebar melibatkan lokasi pelancongan utama di negeri ini.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, kualiti liputan di kawasan tumpuan pelancongan seperti di Taman Negara Gunung Mulu yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.

Menurutnya, kesalinghubungan kadar penembusan jalur lebar berkelajuan tinggi amat penting bagi memastikan para pengunjung serta penduduk setempat dapat berhubung dengan dunia luar.

“Jadi kita akan menambahkan perkara ini perhubungan kita akan lebih mantap lagi terutamanya melibatkan pusat pelancongan utama negeri ini,” katanya semasa melancarkan High Speed Broadband Connectivity to Mulu pada Rabu.

Dalam pada itu, Ketua Menteri menambah, kerajaan Sarawak menerusi Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menambah baik kualiti liputan jalur lebar di kawasan bandar dan luar bandar menerusi pembinaan kira-kira 1,200 menara telekomunikasi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Dan UKAS, Abdullah Saidol, Pengarah Urusan SACOFA, Mohamed Zaid Zaini serta tetamu kehormat lain. -EDISI UKAS

Share

add comment