Pemantauan Pematuhan SOP Sesi Pembelajaran SMK Jalan Arang

RABU, 7 APRIL 2021

KUCHING : Pembukaan sekolah bagi proses pembelajaran bersemuka telah bermula pada Isnin, 5 April 2021 kecuali bagi sekolah dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehubungan dengan itu, pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dilakukan di SMK Jalan Arang, Kuching.

Hasil pantauan mendapati rata-rata kakitangan serta pelajar mematuhi SOP semasa di dalam mahupun diluar sekolah yang mana dilihat sistem keluar masuk secara bergilir-gilir dilakukan, disamping pemeriksaan suhu dan penyediaan pencuci tangan dilaksanakan.

Pengumuman juga dibuat sekitar jam 11.40 pagi sebagai persiapan untuk pelajar (sesi pagi) pulang, agar pelajar sesi petang memasuki kelas dengan selamat tanpa sesak. -EDISI UKAS