Ripin Berpuas Hati Pelaksanaan Projek Bina Baru Pagar Gelanggang Serbaguna Rumah Jeli

RABU, 7 APRIL 2021

SUBIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat berpuas hati dengan pelaksanaan Projek Bina Baru Pagar Gelanggang Serbaguna di Rumah Jeli pada Selasa. 

Beliau yang ditemani Tuai Rumah Jeli Naga dan Pegawai Majlis Daerah Subis berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Lambir. 

“Kerja-kerja Bina Baru Pagar Gelanggang Serbaguna Rumah Jeli ini telah pun siap dan digunakan belia untuk aktiviti sukan futsal.

“Secara keseluruhannya, pembinaan Gelanggang Serbaguna ini menelan kos RM130,000,” katanya. 

Terdahulu, Ripin telah mengadakan lawatan ke Rumah Nyuai Sambau bagi melihat tempat yang sesuai bagi membina Rumah Biro Wanita dan mengumpul permasalahan penduduk di rumah tersebut. -EDISI UKAS