ADUN Jemoreng Terbuka Terima Pandangan Rakyat Demi Pembangunan

KHAMIS, 8 APRIL 2021

MATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Dato Dr Juanda Jaya mengambil pendekatan untuk bersifat terbuka dalam membawa suara rakyat di kawasannya.

Menurut beliau, cadangan dan keperluan berkaitan pembangunan rakyat akan dikemukakan kepada peringkat atasan.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat District Action Committee (DAC) Daerah Matu bagi Kawasan DUN Jemoreng di Matu pada Rabu.

Pada mesyuarat tersebut beliau juga memohon apa-apa keperluan termasuk perbelanjaan tambahan perlu disampaikan kepadanya demi kepentingan rakyat.

Mesyuarat yang dihadiri pelbagai agensi berkaitan membincang dan membentangkan projek yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.

Pada program berasingan, Dato Juanda menghadiri Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Masjid dan Surau Daerah Matu.

Beliau mengambil kesempatan mengingatkan jawatankuasa masjid dan surau memastikan prosedur operasi standard (SOP) mengekang penularan pandemik COVID-19 sentiasa dipatuhi. -EDISI UKAS