KHAMIS, 8 APRIL 2021
MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin bersama dnegan Pegawai Majlis Daerah Subis telah mengadakan lawatan ke Rumah Techoi Sungai Pidek pada Selasa.
Dalam lawatan itu, selain meninjau dan melihat sendiri tapak projek yang sesuai bagi membina sebuah Gelanggang Serbaguna, beliau turut menyampaikan surat kelulusan bagi membina gelanggang tersebut.
Sebanyak RM200,000 telah diperuntukan bagi membina Gelanggang Serbaguna yang merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Lambir.
Selepas itu, Ripin telah mengadakan lawatan ke Rumah Ngindan Gudang bagi melihat satu lagi Projek RTP Naik Taraf Dewan Sebarguna Baru yang berjumlah RM300,000.
Dalam masa sama, beliau turut melihat keadaan gereja baru yang telah siap dengan kos sebanyak RM500,000. -EDISI UKAS