KHAMIS, 8 APRIL 2021
LAWAS: Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar Dato Henry Sum Agong telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Persatuan Lun Bawang Sarawak pada Rabu.
Kehadirannya telah disambut Pengerusi Sekysen Belia Persatuan Lun Bawang Sarawak Peterus Lasung, Pengerusi Persatuan Lun Bawang Cawangan Lawas Josely Pengiran, Ahli CEC Persatuan Lun Bawang Sarawak dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Wanita Lun Bawang Sarawak.
Lawatan ini bertujuan mendengar perkembangan terkini mengenai persatuan dan aktiviti yang telah diadakan sebelum ini.
Pada tahun lepas, Persatuaan Lun Bawang Sarawak tidak dapat menganjurkan Pesta Irau Aco Lun Bawang ekoran penularan wabak pandemik COVID-19.
Sementara itu, dalam ucapan ringkasnya, Dato Henry yang juga Ahli Parlimen Lawas menyarankan setiap ahli Persatuan Lun Bawang Sarawak bergerak maju ke hadapan seiringan dengan kepesatan dan perkembangan semasa kini agar tidak ketinggalan dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat lain di Sarawak.
Pada majlis itu, beliau telah menyerahkan peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) kepada ketiga-tiga cabang Persatuaan Lun Bawang berjumlah RM50,000. -EDISI UKAS