Dr Annuar Rapa’ee Serah Cek RM50,000 Kepada UCTS

KHAMIS, 8 APRIL 2021

SIBU: Menteri Muda Pendidikan,Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapa’ee telah menyerahkan cek bernilai RM50,000 kepada EDUSAR Resources Sdn Bhd (UCTS) di Lau King Howe Hospital Memorial Museum pada Rabu.

Penyerahan cek tersebut adalah bertujuan untuk melaksanakan kajian, rundingan dan penyelidikan bagi membaikpulih bangunan Lau King Howe Hospital Memorial Museum.

Dr Annuar Rapa’ee merangkap Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak memberitahu, bangunan tersebut boleh dijadikan sebagai bangunan warisan dan akan diusulkan kepada kerajaan Sarawak.

Sementara itu, beliau juga telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UCTS dan Lau King Howe Hospital Memorial Museum.

Hadir sama, Senator Robert Lau Hui Yew, Temenggong Datuk Vincent Lau Lee Ming dan Naib Canselor,Prof Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid. –EDISI UKAS

Share

add comment