Geran Banjir, Geran Back To School Bantu Penduduk DUN Tanjong Datu

KHAMIS, 8 APRIL 2021

LUNDU: Seramai 396 Ketua Isi Rumah (KIR) dari 24 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menerima bantuan geran banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu sebagai wakil kepada Ahli Parlimen Santubong, Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menyampaikan bantuan tersebut di Dewan Mahligai Gading Lundu pada Khamis.

Katanya, jumlah keseluruhan bantuan tersebut adalah RM64,400 yang telah diagihkan kepada Ketua Masyarakat zon masing-masing untuk diagihkan kepada para penerima.

Selain itu, Datuk Amar Jamilah turut menyerahkan bantuan geran Back To School bernilai RM60,000 yang disumbangkan oleh Yayasan Bank Rakyat kepada sekolah-sekolah dalam kawasan DUN Tanjong Datu.

Beliau berharap, pemberian geran itu dapat membantu sedikit sebanyak para pelajar dan keluarga yang terjejas akibat banjir.-EDISI UKAS