Pembinaan Chapel of Mother Mary Di Kampung Bukid Gudang Berjaya Direalisasikan

KHAMIS, 8 APRIL 2021

LIMBANG: Akhirnya projek Pembinaan Chapel Mother of Mary di Kampung Bukid Guang, Limbang telah berjaya direalisasikan dan digunakan penduduk kampung. 

Pembinaan ini adalah menerusi peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR). 

Menurut Paulus, kemudahan rumah ibadat ini memberi manfaat kepada penduduk kampung setempat dalam hal ehwal berkaitan agama Kristian.

Selain kegunaan penduduk kampung, Chapel Mother of Mary ini turut digunakan penduduk kampung yang berhampiran dalam menunaikan kewajipan terhadap agama Kristian. 

Mengambil kesempatan itu juga, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Chapel Mother of Mary kerana berjaya mendapatkan kerjasama yang jitu daripada kalangan penduduk setempat ke arah usaha pembinaan chapel yang tersergam gah, indah dan selesa. 

Katanya, selepas menyerahkan kunci Chapel kepada Reverence Father Basil Entili dan mengadakan sembahyang Misa pada Rabu. 

Hadir sama Ketua Masyarakat Bisaya Penghulu Ekit ak Awang dan Penghulu Lalam ak Sambat, Pengerusi Jawatankuasa  Chapel Mother Of Mary, Bukid Gudang Kaunselor Cecilia Lim dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK). -EDISI UKAS