ADUN Batu Danau Tinjau Keadaan Sekatan Pergerakan Di Rumah Manggi Igom

JUMAAT, 9 APRIL 2021

LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang bersama ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Limbang telah mengadakan tinjauan ke Rumah Manggi Igom di Kampung Menuang Baru pada Khamis. 

Lawatan itu bertujuan melihat sendiri keadaan semasa yang berlaku di Rumah Manggi Igom yang dikenakan Perintah Sekatan Pergerakan selepas adanya kes positif COVID-19 di rumah tersebut. 

Selain itu, Paulus turut melawat anggota penguatkuasa yang membuat sekatan pergerakan bagi memastikan tiada pergerakan keluar masuk ke Rumah Manggi Igom. 

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Timbalan Residen Bahagiàn Limbang Sebi Àbang, Pegawai Bomba dan Penyelamat Limbang Azman Ibrahim dan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kapten Sulaiman Saloma. -EDISI UKAS

Share

add comment