Datuk Amar Michael Manyin Sertai Program Jelajah KawasanKU DUN Tebedu

JUMAAT, 9 APRIL 2021

SERIAN: Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Datuk Amar Michael Manyin Jawong turun padang bagi meninjau beberapa projek yang siap dan juga yang masih dalam pelaksanaan di kawasan berkenaan pada Khamis.

Menerusi Program Jelajah KawasanKU DUN Tebedu, beliau bersama rombongan telah meninjau beberapa projek tersebut di Kampung Kujang Sain, Kampung Temong Putah, Tepoi dan juga jalan perhubungan desa dari Kampung Tema Mawang sampai ke Kampung Reteh /Mawang Tahup.

Manakala, projek yang telah siap di Kampung Kujang Sain ialah pembinaan baharu gereja dengan kos berjumlah RM350,000 dan naik taraf rumah panjang sebanyak RM50,000 yang masih dilaksanakan ketika ini.

Seterusnya di Kampung Tepoi dengan kerajaan negeri menerusi peruntukan projek transformasi luar bandar (RTP) dan projek kecil luar bandar (MRP) meluluskan dana sebanyak RM180,000 untuk pembinaan jalan konkrit dan RM300,000 untuk naik taraf gereja.

Jumlah terkumpul peruntukan melalui RTP dan MRP yang telah disalurkan kepada kampung tersebut termasuk kos pembinaan jalan perhubungan desa adalah sebanyak RM2,780,000.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Dr. Simon Sinang Bada dan Pegawai Daerah Tebedu, Joseph Liaw. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia