83 Bungkus Makanan Diagihkan Kepada Penduduk Rumah Manggi Igom

SABTU, 10 APRIL 2021 

LIMBANG: Sebanyak 83 bungkus bantuan makanan telah diagihkan kepada penduduk di Rumah Manggi Igom pada Jumaat. 

Antara bantuan makanan yang diberikan ialah beras, biskut dan makanan kering.

Ini susulan kawasan rumah panjang itu telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang telah menyampaikan sumbangan bantuan makanan itu kepada petugas Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk diagihkan kepada penduduk Rumah Manggi Igom.

Rumah Manggi Igom merupakan lokasi pertama diarahkan untuk PKPD di Daerah Limbang akibat terdapat kes positif COVID-19 di kawasan tersebut.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Penolong Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi dan Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat Limbang Alexander Lukas. -EDISI UKAS

Share

add comment