Bangunan Klinik Kesihatan (Jenis 2) Siap 40.59 Peratus, Dijangka Siap Januari 2022

SABTU, 10 APRIL 2021

MIRI: Projek Pembinaan Bangunan Klinik Kesihatan (Jenis 2) yang terletak di Jalan Padang Kerbau Miri kini telah siap 40.59 peratus. 

Malah, kerja-kerja pembinaannya yang telah pun bermula pada 24 Julai 2019 itu dijangka siap pada 23 Junuari 2022. 

Perkara ini telah dimaklumkan Pengurus Projek Syarikat Kontrektor Wisma Sdn. Bhd Michael Tiong kepada Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dalam sesi taklimat yang diadakan pada Jumaat. 

Hadir sama Pengerusi JPBB Miri yang juga Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, Pemangku Pejabat Daerah Miri Siti Rohanie Yusof, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr. Raviwharmman, Pengurus Jabatan Kerja Raya (JKR) Wilayah Utara  Teo dan Pengarah Urusan Syarikat Kontrektor Wisma Intum Ambas. -EDISI UKAS

Share
0