Istilah Wilayah Sarawak Akan Diputus Berdasarkan Rundingan MA63

SABTU, 10 APRIL 2021

BALAI RINGIN: Kerajaan Sarawak akan melihat hasil daripada rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk memutuskan penggunaan istilah wilayah ke atas negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, rundingan itu kini masih dijalankan.

“Sama ada kita menggunakan istilah wilayah ia adalah berdasarkan hasil rundingan MA63.

“Sebenarnya ia adalah cadangan Perdana Menteri apabila beliau berkunjung ke Sarawak.

“Tapi bila orang kata kita (Sarawak) wilayah, maka terima sahaja,” katanya semasa sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Stadium Mini Balai Ringin di Balai Ringin pada Sabtu.

Ketua Menteri juga menambah, keputusan sebenar juga dibuat melalui pakar perundangan.

“Kita juga akan menyerahkan kepada pakar perundangan,” tambahnya. -EDISI UKAS

Share

add comment