ADUN Repok Tinjau Lapan Projek RTP

AHAD, 4 APRIL 2021

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato’ Sri Huang Tiong Sii pada Sabtu melakukan tinjauan di lapan lokasi projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di sini.

Antara lapan projek tersebut adalah di Surau Permai Sarikei, Persatuan Buddha Orthodox, SIB Church (Nyelong), SIB Mandarin, Nyelong Park Methodist Church, Tokong Kuan Yin, Iban Methodist Church dan Unity Methodist Church.

Dalam lawatan itu,Dato’ Sri Huang memberitahu beliau mementingkan pembangunan pendidikan dan perkembangan budaya pelbagai kaum.

“Semua sekolah , surau , tokong dan gereja telah mendapat peruntukan dan perhatian yang sewajarnya

“Saya amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan kita memerlukan kepimpinan beliau untuk menikmati kestabilan politik dan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak” katanya.

Selain itu, beliau memberitahu agar setiap Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dapat dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi ditetapkan agensi pelaksana.

Untuk rekod, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM300,000 di bawah projek RTP tahun 2021 untuk menaiktaraf kemudahan Surau Permai Sarikei dan RM700,000 (2019).

Manakala untuk menaiktaraf kemudahan Persatuan Buddha Orthodox Sarikei RM100,000 (2021) dan RM196,100 (2019).

Seterusnya menaiktaraf kemudahan SIB Church (Nyelong), RM700,000 (2021), RM100,000  (2020) untuk tar jalan raya, dan RM200,000 (2017).

Selain itu, RM200,000 (2021) untuk membina baru kemudahan SIB Mandarin, RM70,000 (2021), RM300,000 (2020) dan  RM200,000 (2018)  untuk menaiktaraf  kemudahan Nyelong Park Methodist Church Sarikei.

Sebanyak RM15,000 (2021) dan RM10,000 (2019)  diperuntuk untuk menaiktaraf kemudahan Tokong Kuan Yin serta RM50,000 (2021) dan RM100,000 (2019) untuk menaiktaraf kemudahan Iban Methodist Church

Untuk menaiktaraf kemudahan Unity Methodist Church pula RM50,000 (2021)dan  RM100,000 (2019).-EDISI UKAS

Share

add comment