ADUN Semop Terus Usaha Pastikan Penduduk Terima Manfaat MRP

SABTU, 11 APRIL 2021

SEMOP: Siri lawatan kerja dua hari Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak)  Abdullah Saidol ke DUN Semop diteruskan dengan pengagihan geran projek kecil luar bandar (MRP).

Pada Sabtu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menyampaikan sumbangan MRP berjumlah RM105,300.

Penerima terdiri daripada 13 buah masjid dan masing-masing menerima RM1,500 bagi tujuan mengadakan aktiviti di bulan ramadan.

Manakala peruntukan RM500 turut diagihkan kepada setiap lima buah surau untuk tujuan yang sama.

Sementara itu, 14 unit SABERKAS menerima peruntukan masing-masing RM1,000 dan SABERKAS unit Kampung Semop menerima RM1,500 untuk tujuan mengadakan Program Pengagihan Bubur Lambok dan program berkaitan.

Lawatan kerja Abdullah Saidol pada kali ini turut memaklumkan peruntukan sebanyak RM22,000 kepada 22 buah sekolah di DUN Semop bagi tujuan mengadakan aktiviti di bulan ramadan.

Selain itu, Jawatankuasa Masjid Darul Ibadah Kampung Tekajong menerima sumbangan RM2,500 dan JKKK Kampung Serdeng menerima peruntukan RM6,900 untuk tujuan pembelian peralatan ICT.

Gerakan Prihatin Pulau Bruit turut menerima peruntukan RM3,000 dan SK Mohd Redeh, Saai juga menerima sumbangan RM1,400.

Di Rumah Peter Minggat, Jalan Sibu-Tanjung Manis, Abdullah menyampaikan peruntukan RM33,000 bagi tujuan gotong-royong menembok jalan di depan rumah panjang mereka.

Beliau seterusnya menyaksikan majlis ringkas penyerahan Projek Siap Baikpulih Masjid Darul Falah di Kampung Saai yang bernilai RM200,000.

Dalam masa yang sama, Abdullah mengingatkan setiap pemimpin kampung untuk mengurus sumbangan dengan berhemah dan sentiasa berwaspada dengan ancaman virus COVID-19.

Beliau juga berharap orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkaitan garis panduan majlis keagamaan di masjid dan surau sepanjang bulan ramadan.-EDISI UKAS

Share
0