Janji Ditepati, Rakyat Sapoh Kini Miliki Bangunan Pejabat Daerah Kecil Spaoh & Riverfront Spaoh, Betong

AHAD, 11 APRIL 2021

SPAOH: Perasmian bangunan Pejabat Daerah Kecil Spaoh membuktikan Kerajaan Sarawak menepati janji dalam membawa pembangunan dan  kemudahan untuk manfaat rakyat dalam tempoh masa panjang.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Daerah Kecil Spaoh pada Sabtu.

Bangunan Pejabat Daerah Kecil Spaoh baharu itu telah siap sepenuhnya dengan kos pembinaan sebanyak RM4.62 juta sekaligus menjadi mercu tanda baharu bagi Pekan Spaoh.

Sementara itu, Datuk Patinggi Abang Zohari turut meninjau ke kawasan projek pembinaan Riverfront yang sudah siap.

Pembinaan projek yang bernilai RM 4.99 juta itu telah bermula pada Mac 2019 dan telah siap sepenuhnya pada Disember 2020.

Projek berkenaan juga merupakan janji ditepati oleh Kerajaan Sarawak kepada masyarakat setempat.-EDISI UKAS

Share

add comment