Janji Ditepati, RM30 Juta Diluluskan Bagi Projek Naik Taraf Jambatan Ikonik Di Spaoh

AHAD, 11 APRIL 2021

SPAOH: Kerajaan Sarawak sekali lagi membuktikan janji ditepati kepada rakyat di Spaoh untuk menaik taraf jambatan di situ.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi projek menaik taraf jambatan tersebut.

Menurut beliau, jambatan baharu itu dibina kerana jambatan yang sedia ada tidak dapat dilalui oleh kenderaan berat seperti lori termasuk kenderaan bomba.

“Sebelum ini, ada rancangan untuk jambatan itu, tetapi saya menegaskan penduduk di sini berhak mendapat yang lebih baik.

“Maka, kita menaik taraf jambatan bernilai RM30 juta ini meskipun tendernya kurang daripada jumlah tersebut. Maknanya jambatan ini akan menjadi ikonik,” ujarnya.

Projek pembinaan jambatan tersebut dijadual bermula bulan depan yang akan mengambil masa 30 bulan dan dijangka siap pada akhir tahun 2023.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia