Ketua Menteri Lancar Miri Smart City Esok

AHAD, 11 APRIL 2021

MIRI: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg akan menyempurnakan Majlis Perasmian Bandar Pintar Miri atau ‘Miri Smart City di Imperial Hotel, Miri pada Isnin.

Kerajaan Sarawak telah memilih bandar raya Miri sebagai model bandar pintar di negeri ini sebelum membangunkan bandar raya Kuching dan bandar-bandar lain sebagai bandar pintar yang sama.

Hadir menyaksikan raptai penuh majlis berkenaan pada Ahad, Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion, Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datu Antonio Khati Galis dan Pemangku Residen Bahagian Miri, Abdul Aziz Mohamad Yusuf.

Persiapan akhir majlis berkenaan berjalan lancar dengan memberi penekanan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.-EDISI UKAS

Share

add comment