Syarikat X-Fab Sumbang Barangan Makanan Kepada 10 Kampung Di Daerah Tebedu

AHAD, 11 APRIL 2021

SERIAN: Seramai 52 orang di 10 kampung di Daerah Tebedu telah menerima sumbangan barangan makanan tajaan Syarikat X-Fab pada Sabtu.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini diselaraskan oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Cawangan Serian.

Kesemua penerima telah disaring dan dipilih oleh ketua kaum mengikuti kategori yang ditetapkan.

Sementara itu, Pengerusi DBNA Serian, Raymond Achen mengucapkan terima kasih kepada pihak X-Fab kerana sudi memilih 10 kampung di Daerah Tebedu sebagai lokasi pertama program CSR mereka.

Tambahnya, beliau berharap akan lebih banyak syarikat lain tampil menganjurkan program sama pada masa akan datang.-EDISI UKAS